Catatan

PERANG VIETNAM KEPADA ASIA TENGGARA

  Perang Vietnam telah memberi impak yang besar kepada politik di negara-negara Asia Tenggara. Antara kesan politik tersebut iaitu pembentukan SEATO yang telah ditandatangani pada 8 september 1954 di Manila, Filipina manakala telah dibentuk secara formal di Bangkok, Thailand. SEATO merujuk kepada Southeast Asia Treaty Organization merupakan sebuah organisasi antarabangsa bertujuan sebagai suatu bentuk pertahanan kolektif dalam membendung fahaman komunisme di Asia Tenggara. Perang Vietnam merupakan faktor utama pertubuhan antarabangsa SEATO bagi mengatasi fahaman komunis di China dan dekolonisasi oleh Amerika Syarikat di Asia Tenggara. Kewujudan SEATO sejajar selepas Perang Vietnam yang tercetus di mana terdiri daripada dua pertubuhan militer barat seperti NATO dan The Bagdad Pact (CETO) bertujuan dalam menyediakan satu hubungan yang strategik melibatkan blok barat untuk menghindari doktrin komunis dan perang-perang yang telah terjadi seperti Perang Vietnam. SEATO ini telah dikemba...

FAEDAH INOVASI DAN ICT DI DALAM BILIK DARJAH

  Inovasi dan ICT yang berlaku dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling membawa kepada pelbagai manfaat dalam bilik darjah atau sekolah. Antaranya ialah, memudahkan urusan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Sesi kaunseling biasanya dilakukan bersemuka di bilik kaunseling dari peringkat permulaan sehingga penamatan, dengan adanya inovasi dan ICT, sesi kaunseling antara pelajar dan guru kaunseling dapat dilakukan di atas talian pada peringkat permulaan pada jarak yang jauh dan di mana-mana sahaja. Ini dapat memudahkan dan membantu pelajar yang bermasalah di sekolah yang tidak ingin atau malu untuk bersemuka dengan guru kaunseling di bilik kaunseling. Pelajar yang bermasalah tidak datang ke sekolah juga dapat dihubungi dan berhubung dengan guru kaunseling walaupun pelajar hanya berbaring di katil di biliknya semasa sesi kaunseling atau bimbingan. Dengan ini, pada peringkat permulaan mampu membina hubungan yang lebih baik antara pelajar dan kaunselor, apabila hubungan yang baik te...

CARA MUDAH KIRA CARRY MARK UNTUK PEPERIKSAAN AKHIR

Pertama sekali, perlu tahu sistem penilaian, sebagai contoh:  Julat Markah      Gred       Mata Gred 80 - 100             A                 4.00 70 -79                A-               3.67 64 - 69               B+              3.33 58 - 63               B                3.00 52 - 57               B-               2.67 46 - 51               C+              2.33 40  45                C                2.00...

10 ENGLISH IDIOMS YOU NEED TO KNOW.

  1.  "Bite the bullet" Definition: To face a difficult and unpleasant situation with courage and determination.  Example: I have to bite the bullet and tell my parents about my mathematics result.  2. "Kill two birds with one stone" Definition: To accomplish two tasks with a single effort.  Example: By studying during my commute, I can kill two birds with one stone and make good use of my time.  3. "Piece of cake" Definition: Something that is very easy.  Example: Don't worry about the test, it will be a piece of cake! 4. "Let the cat out of the bag"  Definition: To reveal secret or confidential information intentionally.  Example: I can't believe you let the cat out of the bag about the surprise party! 5. "Cost an arm and a leg" Definition: Something that is extremely expensive.  Example: The designer handbag she bought cost her an arm and a leg. 6. "Break the ice" Definition: To initiate or start a conversation ...

PERANG CANDU 2 ATAU PERANG ARROW

PENGENALAN Pada tahun 1839-1842 berlaku peperangan antara British dengan China yang dikenali sebagai Perang Candu Pertama. Peperangan ini ditamatkan dengan termeterainya Perjanjian Nanking pada 29 Ogos 1842. Namun begitu, perjanjian Nanking hanya menamatkan peperangan tetapi tidak menyelesaikan masalah dalam hubungan antara China dan British. Hal ini menyebabkan hubungan antara mereka tetap runcing sehingga mengakibatkan peperangan yang kedua pada 1856-1860 yang dikenali sebagai Perang Candu Kedua atau Perang Arrow. Oleh itu , berikut meruapakan faktor-faktor yang menjadi pencetus kepada Perang Candu Kedua. FAKTOR PENCETUS PERANG CANDU 2   1.  KELEMAHAN PERJANJIAN NANKING Kelemahan Perjanjian Nanking ini boleh dikatakan sebagai faktor utama yang mencetuskan peperangan antara China dengan British pada tahun 1856 sehinggga 1860. Perkara ini telah disokong oleh ahli sejarah seperti Fairbank, Paul H. Clyde dan Burton F.Beers. Hal ini dikatakan demikian kerana China enggan untuk me...

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

DEFINISI      Teknologi pendidikan merupakan suatu kajian dan praktik untuk membantu proses belajar dan meningkatkan prestasi dengan membuat, menggunakan dan mengelola proses sumber teknologi secukupnya. Oleh itu, istilah teknologi pendidikan ini berhubung dengan teori belajar dan pembelajaran. Ia juga merupakan suatu penelitian dan aplikasi ilmu berkenaan dengan tingkah laku dan teori belajar dengan menggunakan pendekatan sistem untuk melakukan analisis, pengembangan, implementasi, evaluasi dan pengelolaan penggunaan teknologi untuk membantu memecahkan permasalahan belajar dan prestasi.      Menurut Crowell (1971), dalam Encyclopedia of Education "Teknologi pendidikan adalah   suatu gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan ” manakala me nurut Uhwin Derek (1976) pula dalam Applying Educational Technology, teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keper...

KRITIKAN LUARAN DENGAN KRITIKAN DALAMAN

     Kritikan luaran dan kritikan dalaman ini merupakan suatu kaedah atau cara yang digunakan oleh para ahli sejarah untuk menentukan sesuatu sumber itu asli atau tidak. Oleh itu, berikut adalah perbezaan kritikan luar dan dalam serta kepentingannya dalam sejarah. Perbezaan antara aspek kritikan luaran dan dalaman ini boleh dilihat melalui definisi, tujuan, persoalan, teknik dan proses kritikan. Kritikan luaran merujuk kaedah atau usaha yang digunakan oleh ahli sejarah untuk mengesan dan menentukan keaslian dan ketulenan serta kesahihan sesuatu sumber sejarah berdasarkan sifat fizikalnya. Dengan kata lain, kritikan luaran bertujuan untuk mengesahkan dan menentukan sesuatu sumber yang lain daripada sesuatu keterangan dan isi kandungan sumber tersebut. Selain itu, terdapat beberapa persoalan yang dikemukakan ketika melakukan kritikan luaran terhadap sesuatu sumber antaranya bila sumber itu dicatat?, di mana sumber itu dihasilkan?, siapa yang menghasilkan sumber tersebut?, a...