KRITIKAN LUARAN DENGAN KRITIKAN DALAMAN

    Kritikan luaran dan kritikan dalaman ini merupakan suatu kaedah atau cara yang digunakan oleh para ahli sejarah untuk menentukan sesuatu sumber itu asli atau tidak. Oleh itu, berikut adalah perbezaan kritikan luar dan dalam serta kepentingannya dalam sejarah. Perbezaan antara aspek kritikan luaran dan dalaman ini boleh dilihat melalui definisi, tujuan, persoalan, teknik dan proses kritikan.

Kritikan luaran merujuk kaedah atau usaha yang digunakan oleh ahli sejarah untuk mengesan dan menentukan keaslian dan ketulenan serta kesahihan sesuatu sumber sejarah berdasarkan sifat fizikalnya. Dengan kata lain, kritikan luaran bertujuan untuk mengesahkan dan menentukan sesuatu sumber yang lain daripada sesuatu keterangan dan isi kandungan sumber tersebut. Selain itu, terdapat beberapa persoalan yang dikemukakan ketika melakukan kritikan luaran terhadap sesuatu sumber antaranya bila sumber itu dicatat?, di mana sumber itu dihasilkan?, siapa yang menghasilkan sumber tersebut?, apa bahan yang digunakan untuk menghasilkan sumber tersebut?, dan bagaimana bentuk asal sumber tersebut?. maka, persoalan-persoalan ini harus dberikan perhatian dan diteliti untuk melakukan kritikan luaran terhadap sesuatu sumber sejarah.

Oleh itu, beberapa kaedah yang digunakan untuk mencegah masalah kepalsuan yang bertujuan untuk memastikan keaslian sumber dalam kritikan luaran. Antaranya, ujian kimia, ujian bahasa, tulisan tangan dan ujian bahan-bahan. Hal ini demikian kerana, jika berlaku sesuatu pemalsuan terhadap dokumen dan sumber-sumber sejarah maka ia mudah dikenalpasti. Kaedah yang pertama iaitu ujian kimia yang bertujuan untuk menentukan umur sebenar sesuatu sumber dari segi keadaan kertas, dakwat serta cap yang telah digunakan dalam sesebuah dokumen yang sentiasa mengalami perubahan mengikut masa. Oleh itu, perkhidmatan pakar kimia amat diperlukan sekali untuk memastikan dokumen atau sumber tersebut dikeluarkan pada masa yang didakwa. Contohnya, Frank Swettenham yang menyimpan manuskrip jurnal yang mana terdapat catatan dari bulan April 1894 hinggan Februari 1897 jelas disahkan keasliannya oleh pakar kimia kerana telah diuji melalui kertas dan dakwat yang sememangnya berumur lebih kurang 100 tahun. Contoh yang menunjukkan pemalsuan dokumen yang berlaku pada tahun 1400 di Eropah yang dikenali sebagai Donation of Constantine sebelum pertengahan kurun ke-15 oleh Paus iaitu menuntut kawasan yang pernah dijajah oleh Maharaja Constantine telah terbukti memalsukan dokumennya oleh Lorenzo Valla.

Selain itu, ujian bahasa dalam sesebuah sumber sejarah juga merupakan salah satu kaedah kritikan luaran. Hal ini demikian kerana, bahasa yang bersifat dinamik dan sentiasa berubah mengiku zaman oleh itu ujian terhadap bahasa adalah sangat penting untuk dilaksanakan oleh ahli sejarah. Demikianlah, masalah akan timbul apabila ahli sejarah membaca serta meneliti sesebuah sumber atau dokumen yang mempunyai gaya penulisan tahun 1800an dan 1900an kerana ianya jelas berbeza dari segi nahu, struktur ayat, ejaan, istilah serta tanda bacanya. Oleh itu, pengkaji atau ahli sejarah haruslah mempunyai kemahiran untuk memahami bahasa serta penggunaan kamus, istilah sejarah berfungsi dalam proses menterjemahkan bahasa. Contohnya, Garragaham telah menunjukkan satu gaya tulisan Latin oleh Livy yang berlaku pada abad pertama tidak serupa dengan gaya tulisan Latin Einhard yang berlaku pada abad ke-9. Maka, kebenaran sumber ini boleh dibuktikan melalui ujian tulisan.

Seterusnya, sejarawan juga menjalankan ujian tulisan tangan terhadap sesuatu sumber sejarah. Hal ini demikian kerana, suatu ketika dahulu banyak dokumen-dokumen dihasilkan dengan menggunakan tulisan tangan. Tulisan yang bercetak tidak dapat dikesan menggunakan kaedah ini maka ujian ini adalah untuk membandingkan antara tulisan tangan sumber yang terdahulu dengan individu lain di mana melalui kaedah ini dapat disimpulkan keadaan ciri-ciri persamaan dan perbezaan tulisan yang dihasilakan oleh individu sama ada sama atau tidak. Sebagai contoh iaitu kes pemalsuan buku harian Hitler, yang mana catatan yang dilakukan tersebut dalam tulisan tangan Hitler dan termasuklah tandatangan di semua bahagian muka surat buku tersebut. Oleh itu, pakar-pakar telah menguji ketulenan buku tersebut dengan membandingkan tulisan tangan Hitler di dokumen lain. Maka, didapati berlakulah pemalsuan dokumen yang jelas.

Kaedah yang terakhir iaitu bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan sesebuah dokumen yang telah wujud pada masa ditarikhkan dokumen itu sendiri. Maka, ahli sejarah hendaklah berkemahiran dalam kenal pasti bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan sesuatu sumber. Contohnya, kertas yang digunakan sebelum tahun 1150 T.M, maka jelaslah bahawa dokumen tersebut palsu kerana kertas yang dicipta awal pada 105 Masihi di China oleh Tshai Lun.

Manakala, kritikan dalaman ini pula bermula selepas proses kritkan luaran sempurna diselesaikan. Maka, tidak lengkap sesuatu kritikan tersebut jika melibatkan salah satu sahaja. Oleh itu,  kritikan dalaman adalah sangat penting kerana ia lebih menumpukan kepada tafsiran terhadap kandungan sumber sejarah. Sekiranya, daripada sudut luaran sumber itu lebih asli namun isi kandungannya tidak munasabah maka sumber tersebut tidak seharusnya dijadikan sumber rujukan sejarah. Kaedah kritikan dalaman ini dipraktikkan oleh orang Arab selepas wafatnya Khalifah al-Rasyidin untuk memastikan isi kandungan Al-Quran itu sahih dan tiada unsur penyelewangan yang menjejaskan mesej yang sepatutnya disampaikan.

Antara persoalan yang dikaitkan dengan kemunasabahan dan kerasional sumber iaitu ‘siapa, bila dan di mana?’. persoalan siapa ini dikaitkan dengan seseorang yang mengarang, dan harus mengetahui latar belakang penulis serta kenal pasti sama ada fakta tersebut betul atau palsu. Oleh itu, sikap bias dalam pentafsiran idea perlu dielakkan akibat perbezaan segi pendekatan, keterangan, dan tafsiran yang kurang tepat. Seterusnya, persoalan bila dan dimana?. Perkara ini sangat penting kepada ahli sejarah yang terlibat secara langsung kerana fakta diterima bersifat objektif dan jelas berbanding penulis yang hidup pada zaman yang sama yang hanya diperoleh melalui pembacaan dan perkhabaran.

Proses kritikan dalaman  ini lebih cenderung kepada proses tafsiran terhadap sumber-sumber sejarah. Antaranya, tafsiran verbal, tafsiran teknikal, tafsiran logik, tafsiran psikologi dan  tafsiran fakta. Tafsiran verbal berfokuskan aspek bahasa iaitu untuk mengetahui makna sesuatu perkataan dalam sesuatu sumber seterusnya makna diterangkan untuk mendapatkan idea yang cuba disampaikan oleh penulis. Pengetahuan dalam sudut bahasa dan perbendaharaan kata diperlukan dalam proses ini.

Seterusnya, tafsiran teknikal. Tafsiran ini menjelaskan tujuan penulisan sumber yang telah dilakukan oleh penulis yang mana ia berasaskan dua pertimbangan iaitu tujuan penulis dan bentuk pembacaan yang tepat. Oleh itu, sumber dapat dibezakan sama ada bermaklumat atau tidak. Seterusnya, tafsiran logik bagi menyambungkan pelbagai bahagian sumber yang menurut pemikiran yang betul iaitu dengan mengemukakan fakta jelas dan sahih. Seterusnya, proses tafsiran psikologi iaitu satu proses bacaan dari sudut pandangan bagi mendapatkan pemikiran ahli sejarah yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran fizikal, sosial, dan intelektual. Proses tafsiran yang terakhir sekali ialah tafsiran fakta di mana mengemukakan kaedah tafsiran setelah memahami makna sumber dan dokumen yang dikaji.

Antara kepentingan kritikan luaran ini adalah bertujuan menentukan ketulenan dan keaslian sesuatu sumber sejarah. Oleh itu, terdapat beberapa permasalahan yang berlaku sebagai contoh, kes berkenaan dengan kitab Injil kerana kewujudan sesuatu pelbagai bersi dalam kitab ini maka wujudlah persoalan seperti kesangsian bahawa kitab yang digunakan sekarang asli atau tidak daripada kitab asalnya yang sudah mengalami perubahan dan pindaan. Keadaan ini juga berlaku dalam golongan Sunni dan golongan Syiah berkenaan dengan ayatbyang terdapat di dalam Al-Quran menyebabkan wujudnya konflik terhadap perbezaan fahaman akibat daripada pemalsuan dokumen atau sumber sejarah.

Selain itu, mengelakkan pemalsuan sesuatu dokumen atau sumber sejarah. Hal ini demikian kerana, segelintir pihak tidak akan bertanggungjawab maka mereka sewenang-wenangnya memalsukan sesuatu dokumen untuk mencapai motif mereka sama ada untuk megaut keuntungan, nama dipandang tinggi, ekonomi atau kepentingan politik semata-mata. Maka, sebarang bentuk dokumen akan dikritik terlebih dahulu agar perkara ini tidak terjadi. Seterusnya, mengelakkan kekeliruan fakta juga adalah salah satu kepentingan kritikan sumber semasa penghasilan suatu dokumen penulisan kerana kebenaran sejarah amat dititikberatkan. Hal ini demikian kerana, segelintir pihak akan menokok tambahsesuatu peristiwa sejarah malah ditambah pula dengan unsur-unsur dongeng, tahyul yang bertujuan menaikkan nama seseorang tokoh tersebut. Menurut Ranke, sejarah yang sebenrnar ditulis adalah dengan menceritakan sesuatu kejaidan atau peristiwa yang sebenar dan tidak menyimpang daripada cerita asal. Bukan itu sahaja, segelintir ahli sejarah menganggap diri mereka hebat sehingga perkara yang dibincangkan tidak mempunyai asas dan bukti yang kukuh dalam penghasilan sumber sejarah. Malah lebih teruk lagi bahawa ada pihak yang mengatakan hasil mereka bersifat muktamad tanpa perlu penyelidikan yang lanjut yang menyebabkan bidang sejarah terlalu terikat dan sempit akibat sifat ahli-ahli sejarah ini.

Antara kepentingan kritikan dalaman dapat menentukan kerasionalan sesuatu fakta sejarah. Hal ini demikian kerana, walaupun sumber tersebut asli daripada kritikan luaran tetapi tidak harus dijadikan sumber kerana perlu di kaji dari aspek kritikan dalaman iaitu kajian terhadap aspek kandungan sama ada benar atau tidak, logik dan rasional. Maka, para sejarawam akan mentafsir berlandaskan lunas-lunas kerasionalan berdasaekan tindakan dan keterangan saksi agar tida wujud unsur mitos, atau tahyul. Sumber dan fakta yang sahih sahaja diterima sebagai contoh Thucydides dalam karya Perang Poloponessia yang menceritakan unsur mitos sudah jelas bahawa ianya tidak sahih dan beliau menolak cerita tersebut sebagai satu bentuk kejahilan.

Akhir sekali, kepentingan kritikan dalaman adalah untuk memahami dan mengetahui sesuatu teks sejarah. Hal ini demikian kerana, kesukaran bahasa akan menyebabkan masalah kepada ahli sejarah untuk mentafsirkan. Sejarawan hendaklah mengambil kira beberapa aspek pengkajian rapi yang penting dalam kritikan dalaman iaitu pemahaman bahasa, penulisan, ragam dan sebagainya. Perkara ini amat penting kerana memberikan impak terhadap fakta-fakta yang dikemukakan dan diutarakan adalah benar, boleh dipercayai ataupun tidak.

    Kesimpulannya, kritikan luaran dan kritikan dalaman sumber ini adalah sangat penting kerana memberikan banyak kebaikan kepada sejarah akan datang dari segi sumber yang sahih dan jelas mengikut sejarah yang sebenar. 

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA MUDAH KIRA CARRY MARK UNTUK PEPERIKSAAN AKHIR

TEKNOLOGI PENDIDIKAN