Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bilik darjah

FAEDAH INOVASI DAN ICT DI DALAM BILIK DARJAH

  Inovasi dan ICT yang berlaku dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling membawa kepada pelbagai manfaat dalam bilik darjah atau sekolah. Antaranya ialah, memudahkan urusan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Sesi kaunseling biasanya dilakukan bersemuka di bilik kaunseling dari peringkat permulaan sehingga penamatan, dengan adanya inovasi dan ICT, sesi kaunseling antara pelajar dan guru kaunseling dapat dilakukan di atas talian pada peringkat permulaan pada jarak yang jauh dan di mana-mana sahaja. Ini dapat memudahkan dan membantu pelajar yang bermasalah di sekolah yang tidak ingin atau malu untuk bersemuka dengan guru kaunseling di bilik kaunseling. Pelajar yang bermasalah tidak datang ke sekolah juga dapat dihubungi dan berhubung dengan guru kaunseling walaupun pelajar hanya berbaring di katil di biliknya semasa sesi kaunseling atau bimbingan. Dengan ini, pada peringkat permulaan mampu membina hubungan yang lebih baik antara pelajar dan kaunselor, apabila hubungan yang baik te...