FAEDAH INOVASI DAN ICT DI DALAM BILIK DARJAH
Inovasi dan ICT yang berlaku dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling membawa kepada pelbagai manfaat dalam bilik darjah atau sekolah. Antaranya ialah, memudahkan urusan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Sesi kaunseling biasanya dilakukan bersemuka di bilik kaunseling dari peringkat permulaan sehingga penamatan, dengan adanya inovasi dan ICT, sesi kaunseling antara pelajar dan guru kaunseling dapat dilakukan di atas talian pada peringkat permulaan pada jarak yang jauh dan di mana-mana sahaja. Ini dapat memudahkan dan membantu pelajar yang bermasalah di sekolah yang tidak ingin atau malu untuk bersemuka dengan guru kaunseling di bilik kaunseling. Pelajar yang bermasalah tidak datang ke sekolah juga dapat dihubungi dan berhubung dengan guru kaunseling walaupun pelajar hanya berbaring di katil di biliknya semasa sesi kaunseling atau bimbingan. Dengan ini, pada peringkat permulaan mampu membina hubungan yang lebih baik antara pelajar dan kaunselor, apabila hubungan yang baik telah terbina, pelajar akan berani untuk berjumpa guru kaunseling di sekolah dan bersemuka setelah mendapat kepercayaan daripada pelajar terhadap kaunselor dan ini memudahkan untuk kaunselor mencapai klien dengan lebih dekat dan dapat memudahkan urusan kaunseling.
Selain itu, inovasi dan ICT ini juga mewujudkan suasana bimbingan dan kaunseling lebih menyeronokkan. Hal ini demikian kerana, Unit Bimbingan dan Kaunseling dapat mempelbagaikan cara atau kaedah yang digunakan sebagai satu penyampaian maklumat dan sesi bimbingan dan kaunseling dengan hanya menggunakan ICT serta pelajar juga dapat melakukan temu janji untuk berjumpa dengan kaunselor melalui portal atau media yang telah disediakan oleh pihak kaunselor sekolah. Kemahiran pelajar menggunakan internet membolehkan kaunselor mendapat pelanggan serta dapat menyelesaikan permasalahan pelajar dengan lebih mudah dan secara peribadi di samping penggunaan komputer dalam sesi bimbingan dan kaunseling adalah amat menyeronokkan bagi pelajar. Kaunselor juga boleh melakukan pelbagai permainan video untuk menguji tahap permasalahan pelajar serta aktiviti untuk memudahkan serta menarik pelajar meluahkan perasaan dan permasalahan tanpa berasa takut atau segan. Dengan adanya inovasi dan ICT dalam bimbingan dan kaunseling, penglibatan pelajar menjadi lebih aktif sehingga tiada lagi stigma yang mengatakan pelajar bermasalah sahaja yang perlu mendapatkan bimbingan dan kaunseling daripada kaunselor.
Seterusnya, kemampuan media ICT menjadikan penyampaian khidmat bimbingan dan kaunseling lebih baik dan mudah. Kemampuan media seperti fixative property ini amat bermanfaat di dalam kelas khususnya kepada kaunselor kerana kemampuan media untuk merakam, menyimpan dan melestarikan sesuatu peristiwa seperti disk komputer, video dan audio tape, fotografi dan sebagainya. Perkara ini sangat penting kepada kaunselor kerana peristiwa dapat dirakam dan disimpan dan boleh digunakan setiap saat. Selain itu, antara prosedur-prosedur bimbingan dan kaunseling yang sukar sekali juga dapat dirakam dan diatur kemudian untuk dianalisis dan dikritik oleh kaunselor lain. Selain itu, kemampuan media ICT sebagai Manipulative property memudahkan tugas kaunselor di mana kejadian yang berlaku berhari-hari dapat dilihat oleh kaunselor dalam waktu yang singkat dengan cara mengambil video secara time-lapse recording. Hal ini demikian kerana, proses-proses kesedaran dalam bimbingan dan kaunseling dapat dilihat sama ada boleh dipercepatkan dan dilambatkan untuk membuatkan tugas kaunselor lebih fokus dalam membantu klien yang mengalami masalah seperti mencederakan diri, bersifat agresif serta kelakuan yang membahayakan diri seperti membunuh diri. Dengan adanya kemampuan media sebagai Manipulative property ini setiap kejadian dapat dirakam dan diulang tayang sehingga kaunselor dapat mengikuti kejadian sebenar yang berlaku untuk mencari jalan penyelesaian dan melaksanakan proses bimbingan dan kaunseling terhadap individu yang terbabit.
Ulasan
Catat Ulasan