CARA MUDAH KIRA CARRY MARK UNTUK PEPERIKSAAN AKHIR
Pertama sekali, perlu tahu sistem penilaian, sebagai contoh:
Julat Markah Gred Mata Gred
80 - 100 A 4.00
70 -79 A- 3.67
64 - 69 B+ 3.33
58 - 63 B 3.00
52 - 57 B- 2.67
46 - 51 C+ 2.33
40 45 C 2.00
36 -39 C- 1.67
32 - 35 D+ 1.33
28 - 31 D 1.00
25 - 27 D- 0.67
0 - 24 F 0.00
80 - 100 A 4.00
70 -79 A- 3.67
64 - 69 B+ 3.33
58 - 63 B 3.00
52 - 57 B- 2.67
46 - 51 C+ 2.33
40 45 C 2.00
36 -39 C- 1.67
32 - 35 D+ 1.33
28 - 31 D 1.00
25 - 27 D- 0.67
0 - 24 F 0.00
Pastikan sistem penilaian anda kerana sistem penilaian berbeza mengikut universiti.
CARANYA :
Pointer kerja kursus (CW) x Wajaran / 100
Andaikan satu kursus mempunyai 70 peratus kerja kursus dan 30 peratus peperiksaan dan gred untuk kerja kursus yang mampu di capai A- (3.67). Ini tidak bermakna pada peperiksaan akhir gred akan tetap sama malah ia akan berubah sama ada gred akan naik atau gred akan turun. Oleh itu, berikut adalah jalan pengiraannya.
Contoh:
3.67 x 70/100 = 2.57 (Gred CW)
Diandaikan pada akhir peperiksaan kamu mendapat gred A iaitu 4.00. Maka,
4.00 x 30/100 = 1.2 (Gred Exam)
Maka,
Gred CW + Gred Exam
= 2.57 + 1.2
= 3.77 ( Gred A-)
ATAU
Andaikan carry mark anda gred A- iaitu sekitar 70-79 markah. Maka,
70 x 70/100 = 49 (Markah CW)
Diandaikan pada akhir peperiksaan kamu mendapat gred A sekitar 80-100 markah. Maka,
80 x 30/100 = 24 (Markah Exam)
Maka,
Markah CW + Markah Exam
= 49 + 24
= 73 (Gred A-)
Jadi sekiranya CW anda rendah dengan wajaran yang tinggi (70%) untuk mendapat sekurang-kurangnya gred A- keseluruhan, anda mestilah mendapat gred A dalam peperiksaan akhir.
Ulasan
Catat Ulasan