PERANG VIETNAM KEPADA ASIA TENGGARA
Perang Vietnam telah memberi impak yang besar kepada politik di negara-negara Asia Tenggara. Antara kesan politik tersebut iaitu pembentukan SEATO yang telah ditandatangani pada 8 september 1954 di Manila, Filipina manakala telah dibentuk secara formal di Bangkok, Thailand. SEATO merujuk kepada Southeast Asia Treaty Organization merupakan sebuah organisasi antarabangsa bertujuan sebagai suatu bentuk pertahanan kolektif dalam membendung fahaman komunisme di Asia Tenggara. Perang Vietnam merupakan faktor utama pertubuhan antarabangsa SEATO bagi mengatasi fahaman komunis di China dan dekolonisasi oleh Amerika Syarikat di Asia Tenggara. Kewujudan SEATO sejajar selepas Perang Vietnam yang tercetus di mana terdiri daripada dua pertubuhan militer barat seperti NATO dan The Bagdad Pact (CETO) bertujuan dalam menyediakan satu hubungan yang strategik melibatkan blok barat untuk menghindari doktrin komunis dan perang-perang yang telah terjadi seperti Perang Vietnam. SEATO ini telah dikembangkan oleh seorang ahli diplomatik Amerika Syarikat iaitu George F. Kennan dan setiausaha negara John Foster Dulles yang juga dikenal sebagai The Primary Force dalam satu tujuan untuk menyebarkan anti-komunisme di Asia Tenggara. Namun begitu, perubahan besar yang berlaku di Asia Tenggara yang khususnya berkait dengan kekalahan Amerika dalam Perang Vietnam menyebabkan SEATO ini dibubarkan pada bulan Jun 1977.
Seterusnya, kesan daripada Perang Vietnam ini juga menyebabkan berkembanglah satu pertubuhan antarabangsa yang hampir ke seluruh dunia seperti di Eropah, Asia Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin. Andaian yang dilakukan dalam kerjasama antarabangsa ini disebabkan oleh kawasan geografi yang dekat antara satu sama lain sehingga ia memudahkan kerja dan persefahaman antara negara jiran seterusnya mengatasi jika berlaku masalah yang membawa kepada kepelbagaian kemungkinan menjurus kepada pertikaian antara negara. Pada mulanya, ASEAN ini tidak ingin untuk menggabungkan kerjasama dalam bidang politik namun lebih kepada kerjasama dalam bidang yang memberi kesan dan solidariti politik. ASEAN (Association of South East Asia Nations) atau lebih dikenali sebagai Perhimpunan Bangsa-Bangsa Asia Tenggara adalah satu pertubuhan atau organisasi antarabangsa yang diketuai oleh kelima negara Asia Tenggara termasuklah Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Pertubuhan ini harus menandatangani Deklarasi Bangkok oleh kelima-lima Menteri Luar Negeri negara-negara tersebut yang dilaksanakan pada tarikh 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand. Berdasarkan kepada Deklarasi Bangkok ini dinyatakan bahawa ASEAN didirikan bertujuan untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, sosial dan pembangunan kebudayaan serantau di samping mengekalkan keamanan dan kestabilan kawasan serantau serta mematuhi prinsip Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Selain itu, ia juga bertujuan untuk membekalkan bantuan serta kemudahan latihan, penyelidikan dan pembangunan kepada negara-negara anggota. Selain itu, ASEAN ini juga terbentuk disebabkan oleh Perang Vietnam yang berlaku sehingga satu peraturan diajukan sebagai satu proposal ASEAN pertama iaitu mengenai pembentukan ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom and Neutrality) untuk melindungi kawasan daripada sebarang peperangan dan fahaman komunis
Selain itu, kesan daripada Perang Vietnam ini juga menyebabkan fahaman komunis di Kemboja dan Laos semakin kuat. Di Laos, keadaannya tidak banyak berbeza dengan keadaan di Vietnam disebabkan oleh fahaman komunis yang telah membawa kepada pentadbiran serta perkembangan politik di Laos terutamanya semasa pasca Perang Vietnam. Hal ini demikian kerana, telah berlaku perebutan kuasa antara tiga kelompok di Laos pada ketika itu. Golongan yang pertama terdiri daripada golongan nasionalis iaitu Oune Sanarikone yang mana lebih dekat dengan Thailand, seterusnya golongan Souphanavong yang banyak berkenalan dengan fahaman sosiolis serta mereka ini telah menjalinkan hubungan dengan Hi Chi Minh. Seterusnya kelompok yang ketiga iaitu daripada golongan tengah dipimpin oleh Souvanna Phouma. Ketiga-tiga golongan ini mempunyai pendapat mereka sendiri sehingga ia menyebabkan berlakunya perpecahan antara pemimpin semakin membara. Hal ini demikian kerana, Souphanavong bersama Pahtet Lao telah mendapat bantuan daripada Vietnam untuk melancarkan satu serangan memperluaskan daerah pengaruh manakala golongan nasionalis ini mendapat bantuan daripada Amerika Syarikat. Pada 2 Februari 1973, Perdana Menteri Laos iaitu Souvanna Phoma telah berusaha untuk membuat satu pakatan bersama dengan Souphanavong sehingga mereka ini telah membuat satu perjanjian damai. Keadaan ini mewujudkan pelbagai reaksi daripada golongan nasionalis dan kalangan tentera sehingga menuduh bahawa Phoma ini telah menjual Laos kepada orang-orang komunis. Disebabkan perkara ini, tentera yang berada di bawah Jeneral Thouma ini melakukan serangan tetapi tidak dipersetujui oleh Amerika Syarikat menyebabkan Jeneral Thouma terbunuh serta pengikut-pengikutnya melarikan diri ke Thailand.
Keadaan ini telah membuka peluang kepada komunis untuk berkembang dan ia cukup menggembirakan pihak Hanoi. Hal ini dapat dilihat melalui satu pilihan raya yang dibuat pada tahun 1975 dimana komunis telah memperoleh kemenangan sehingga mereka dapat mengambil alih pemerintahan di Laos. Walaupun Komunis ini berjaya mengambil pentadbiran Laos namun begitu mereka menghadapi beberapa masalah kerana Laos ini tidak memiliki kawasan pantai yang sesuai untuk aktiviti pelabuhan manakala perjalanan untuk melaksanakan ekonomi juga harus melalui jalan Thailand. Selain itu, Laos juga menghadapi masalah kekurangan tenaga mahir dalam pelbagai bidang kerana hampir semua melarikan diri ke Thailand. Sebelum Phatet Lao menguasai pentadbiran Laos, kedua-dua negara ini menjalankan hubungan yang baik antara mereka namun begitu hubungan mereka semakin buruk apabila Laos ini telah jatuh ke tangan Komunis kerana Thailand ini menyokong dasar Anti Komunis.
Vietnam pada ketika itu telah mengambil kesempatan dengan memberikan bantuan kepada Laos sekaligus memperluas pengaruhnya. Pada 18 Julai 1979, ketika Perdana Menteri Pham Van Dong dan Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, Le Duan bersama wakil Menteri Pertahanan Let. Jeneral Chu Huy Man yang berkunjung ke Vientiene, Laos telag menandatangani satu deklarasi yang menggariskan dua persetujuan antaranya persetujuan ketenteraan di mana Laos akan dilindungi oleh Vietnam ketika menghadapi ancaman dari luar seterusnya deklarasi ini juga menggariskan persetujuan ekonomi di mana Laos bersetuju untuk tidak mengeksport hasil pengeluaran ekonomi mereka ke Thailand tetapi harus dieksport ke Vietnam melalui pelabuhan Danang.
Di Kemboja, kesan daripada Perang Vietnam ini berlaku perebutan kuasa di Kemboja. Hal ini demikian kerana, pada tahun 1863, Raja Norodom telah dilantik oleh Thailand untuk mencari perlindungan daripada Perancis. Beliau telah menandatangani suatu perjanjian dengan pihak Perancis yang telah menggariskan beberapa syarat iaitu memberikan kebebasan kepada Perancis untuk memerintah wilayah Battamvang dan Siem Reip pada ketika itu telah menjadi bahagian di Thailand. Akhirnya kedua-dua wilayah ini telah diberikan kepada Kemboja pada tahun 1906 sehingga Kemboja ini dijadikan sebuah negara pelindung oleh Perancis seterusnya pada tahun 1863, Kemboja ini dijadikan daerah sebahagian daripada Vietnam. Setelah berakhirnya penjajahan Jepun pada tahun 1940-an, Kemboja telah meraihkan kemerdekaan dari Perancis pada 9 November 1953 dan menjadi sebuah kerajaan berperlembagaan di bawah satu kepimpinan Raja Norodom. Ketika Perang Vietnam pada tahun 1960, kerajaan Kemboja ini mnegambil langkah untuk tidak mengambil bahagian dalam peperangan tersebut sehingga jeneral Lon Nol dan Putera Sirik Matak merupakan petinggi daripada ketenteraan menyingkirkan Raja Norodom daripada kekuasaan pemerintahannya. Keadaan ini menyebabkan Norodom Sihanouk ini telah membuat satu pakatan bersama dengan Khmer Rouge iaitu Parti Komunis Kemboja untuk mendapatkan kembali takhtanya yang telah direbut oleh Lon Nol dan pada akhirnya perkara ini telah membawa kepada perang saudara di Kemboja. Pada tahun 1975, Khmer Rouge telah berjaya menguasai daerah Kemboja dan telag mengubah format kerajaan menjadi sebuah Republik Demokratik Kemboja yang dipimpin oleh Pol Pot. Bukan itu sahaja, mereka ini juga telah memindahkan masyarakat yang berada di bandar ke desa untuk dijadikan pekerja di pertanian kolektif. Hal ini demikian kerana, pemerintah baru Kemboja ini menginginkan hasil pertanian yang sama seperti yang terjadi pada abad ke-11 seterusnya mereka juga telah menolak perubatan orang Barat sehingga rakyat Kemboja kelaparan dan tidak menerima perubatan sama sekali. Di sinilah bermulanya pemerintahan Komunis terhadap Kemboja.
Ulasan
Catat Ulasan