Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2024

PERANG VIETNAM KEPADA ASIA TENGGARA

  Perang Vietnam telah memberi impak yang besar kepada politik di negara-negara Asia Tenggara. Antara kesan politik tersebut iaitu pembentukan SEATO yang telah ditandatangani pada 8 september 1954 di Manila, Filipina manakala telah dibentuk secara formal di Bangkok, Thailand. SEATO merujuk kepada Southeast Asia Treaty Organization merupakan sebuah organisasi antarabangsa bertujuan sebagai suatu bentuk pertahanan kolektif dalam membendung fahaman komunisme di Asia Tenggara. Perang Vietnam merupakan faktor utama pertubuhan antarabangsa SEATO bagi mengatasi fahaman komunis di China dan dekolonisasi oleh Amerika Syarikat di Asia Tenggara. Kewujudan SEATO sejajar selepas Perang Vietnam yang tercetus di mana terdiri daripada dua pertubuhan militer barat seperti NATO dan The Bagdad Pact (CETO) bertujuan dalam menyediakan satu hubungan yang strategik melibatkan blok barat untuk menghindari doktrin komunis dan perang-perang yang telah terjadi seperti Perang Vietnam. SEATO ini telah dikemba...

FAEDAH INOVASI DAN ICT DI DALAM BILIK DARJAH

  Inovasi dan ICT yang berlaku dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling membawa kepada pelbagai manfaat dalam bilik darjah atau sekolah. Antaranya ialah, memudahkan urusan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Sesi kaunseling biasanya dilakukan bersemuka di bilik kaunseling dari peringkat permulaan sehingga penamatan, dengan adanya inovasi dan ICT, sesi kaunseling antara pelajar dan guru kaunseling dapat dilakukan di atas talian pada peringkat permulaan pada jarak yang jauh dan di mana-mana sahaja. Ini dapat memudahkan dan membantu pelajar yang bermasalah di sekolah yang tidak ingin atau malu untuk bersemuka dengan guru kaunseling di bilik kaunseling. Pelajar yang bermasalah tidak datang ke sekolah juga dapat dihubungi dan berhubung dengan guru kaunseling walaupun pelajar hanya berbaring di katil di biliknya semasa sesi kaunseling atau bimbingan. Dengan ini, pada peringkat permulaan mampu membina hubungan yang lebih baik antara pelajar dan kaunselor, apabila hubungan yang baik te...