PENGENALAN Pada tahun 1839-1842 berlaku peperangan antara British dengan China yang dikenali sebagai Perang Candu Pertama. Peperangan ini ditamatkan dengan termeterainya Perjanjian Nanking pada 29 Ogos 1842. Namun begitu, perjanjian Nanking hanya menamatkan peperangan tetapi tidak menyelesaikan masalah dalam hubungan antara China dan British. Hal ini menyebabkan hubungan antara mereka tetap runcing sehingga mengakibatkan peperangan yang kedua pada 1856-1860 yang dikenali sebagai Perang Candu Kedua atau Perang Arrow. Oleh itu , berikut meruapakan faktor-faktor yang menjadi pencetus kepada Perang Candu Kedua. FAKTOR PENCETUS PERANG CANDU 2 1. KELEMAHAN PERJANJIAN NANKING Kelemahan Perjanjian Nanking ini boleh dikatakan sebagai faktor utama yang mencetuskan peperangan antara China dengan British pada tahun 1856 sehinggga 1860. Perkara ini telah disokong oleh ahli sejarah seperti Fairbank, Paul H. Clyde dan Burton F.Beers. Hal ini dikatakan demikian kerana China enggan untuk me...